SOOC adalah satu term yang digunakan oleh jurufoto untuk menyatakan sesebuah gambar itu tidak di edit dan terus dipakai direct dari kamera. Gambar sooc boleh terus diguna pakai dan tidak memerlukan sebarang post processing.

Gambar SOOC mempunyai satu kelebihan, iaitu tempoh delivery yang pantas. Kadangkala, terdapat pelanggan yang mahukan gambar sebaik saja majlis siap. Mereka mahu share dalam instagram dan whatsapp group secepat mungkin seperti menggunakan kamera telefon. Kamera telefon hari ini boleh deliver gambar yang baik on the spot, sesetengah customer berpendapat, apa guna kamera hebat tapi gambar perlu diedit? Walaupun pendapat ini ada betulnya, tetapi cara ini cuma terhad kepada event dan sesetengah genre fotografi saja. Sekiranya merakam gambar product, yang paling penting bukanlah masa tetapi gambar yang dilihat oleh prospek mestilah membawa mesej yang betul.  Proses editing boleh membantu menghebatkan gambar dan meningkatkan jualan. Jadi teknik SOOC bukanlah satu teknik yang sentiasa berguna. Ada masa berguna, ada masanya tidak.

Gambar SOOC sangat membantu terutamanya dalam majlis yang mempunyai pelbagai tempoh masa, dan memerlukan gambar dipapar terus dalam slideshow selepas satu-satu aturcara. Sebagai contoh, kadang kadang customer wedding memerlukan gambar nikah dipapar dalam slideshow dalam majlis persandingan. Apabila ada permintaaan seperti ini, kita boleh mengenakan extra service caj kepada customer, jika anda mahu. Jika tak mahu, anda boleh beri free juga, tapi pada saya, setiap perkhidmatan tambahan itu maknanya ada nilai dan tambahan nilai boleh membantu meningkatkan keuntungan. Apa gunanya berniaga kalau bukan untuk mendapat keuntungan. Untung itulah yang kita guna untuk membayar perbelanjaan keluarga kita.

Menghasilkan gambar SOOC memerlukan kemahiran fotografi yang tinggi, peralatan yang baik dan ketangkasan yang sewajarnya. Anda perlu memastikan setiap exposure adalah tepat dan jitu. Tiada peluang untuk menghasilkan gambar underexpose atau overexpose. Setiap exposure perlu diambil dengan tepat. Composition perlu kemas dan menarik. Tidak ada ruang untuk melakukan kesalahan disini.

Untuk menghasilkan gambar SOOC, kebanyakan jurufoto akan merakam dengan lebih berhati hati lagi. Setiap elemen dalam frame akan difikirkan dan dirancang. Tidak kira kira merakam dalam suasana gelap atau mencabar, gambar harus keluar terus boleh dipakai.

Untuk SOOC, selalunya kita menggunakan JPEG sahaja. Ini kerana format RAW perlu diproses dahulu, jika tidak ia akan kelihatan kurang sharp dan kelabu saja tonalitinya.

Lens yang baik adalah amat penting untuk menghasilkan SOOC. Selalunya kita akan menggunakan fast aperture lens seperti 1.4 dan 2.8 kerana ia memberikan peluang untuk menghasilkan gambar dengan dof yang nipis. Gambar dengan dof nipis akan memberikan bokeh yang kemas pada background, menjadikan separation subjek dan background mudah dicapai.

Gambar gambar SOOC dalam Rakaman Majlis

Gambar SOOC juga sangat berguna jika kita merakam didalam studio. Seringkali saya didatangi pelanggan yang mahu gambar portrait on the spot. Memperbaiki teknik fotografi dan menghasilkan gambar SOOC boleh membantu merealisasikan tugasan seperti ini. Cara begini juga agak bagus kerana dengan profit margin yang semakin shrinking dalam dunia fotografi studio, menghasilkan gambar yang boleh terus digunakan oleh client boleh membantu menjimatkan masa.

Gambar konvo family dalam studio secara sooc

 

SOOC BAGUS KE TIDAK?

Jika ditanya pada saya, adakah SOOC baik atau tidak? pada saya semua depend pada keadaan. Saya amat flexible dan apa pun tugasan, kita mesti melihat kepada matlamat dan keperluan yang ingin dicapai. Memang betul semua gambar boleh diedit, dan jurufoto ada tendency untuk edit semua gambar yang dihasilkan. Tetapi pada saya biarlah kita melihat NILAI dan Ganjaran juga. Jika pada customer, nilai yang baik adalah gambar sooc yang boleh dipapar terus dalam event seterusnya, maka kita kenalah berikan nilai tersebut pada mereka. Jika mereka berpendapat gambar itu perlu di touch up dengan heavy, maka kita perlu melihat tempoh masa yang diperlukan dan melihat adakah customer mahu membayar yang sepatutnya, jika nak shoot 100 jenis produk kat studio dengan rate RM100 sejam kemudian nak kita touch up semua product gambar mereka bagi clean secara percuma, memang tak lah. Seminggu kerja untuk RM100, siapa pulak yang sanggup.

 

 

Share with your friends:
  • 70
    Shares
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih