Untuk mendapatkan cahaya lembut, anda boleh menggunakan beberapa kaedah. Antara kaedahnya ialah :

  1. Gunakan softbox atau payung
  2. Gunakan tingkap yang besar dan tidak mengenai cahaya matahari secara terus
  3. Bounce flash pada dinding putih
  4. Bounce pada reflector

Semakin besar sebuah sumber cahaya, semakin lembut cahaya yang terhasil dan mengenai subjek potret anda. Sumber cahaya yang besar akan mengurangkan bayang bayang, mengurangkan contrast dan menghilangkan tektur, seperti jerawat atau parut.

Sumber yang besar akan menyebabkan cahaya menyinari subjek dari arah yang lebih luas, mengurangkan bayang-bayang dan memberikan kesan yang lebih rata pada wajah.

Ramai juga yang berkata cahaya direct pun boleh. Memang boleh tetapi kita kena tengok tektur pada wajah subjek. Jika wajak subjek mempunyai tekture yang kasar dan jelas, menggunakan direct flash akan menjadikan tektur itu jelas kelihatan. Kita tak boleh tipu sifat fizik cahaya. Hardlight akan produce hard shadow dan hard shadow akan menampakkan texture yang amat jelas. Akan tetapi kita boleh terlepas dari masalah tekture ni bila subjek itu sendiri mempunyai kulit halus yang lembut. 

Untuk mendapatkan kulit yang halus, permukaan sumber cahaya perlu lebih besar dari subjek itu sendiri.
Share with your friends:
  • 37
    Shares