Belajar fotografi – Value dalam fotografi, highlight, shadow & midtone

  • Bila membaca buku buku fotografi, atau bila menggunakan histogram, kita akan menemui terma ini. Tapi apakah maksudnya?
  • Ketiga tiga terma ini adalah ringkasan bagi “Value” yang ditemukan dalam buku teks kaedah melukis.
value scale

Value scale yang dipelajari dari buku seni

 

  • Malah terma ini ada didalam perisian lightroom dibawah exposure slider. Yang boleh diubah adalah White, light, Shadow dan black.
  • Kesemua ini sebenarnya merujuk kepada berapa cerah dan berapa gelapkah sesuatu kawasan itu.
  • Apabila kita membaca histogram, sebenarnya kita membaca “Value” bagi setiap bahagian.

  • Oleh kerana semua gambar mempunyai tonaliti yang berlainan, sebenarnya tak ada satu histogram yang tepat untuk semua gambar. Setiap gambar akan mempunyai data histogram yang pasti berlainan.
  • Dalam dunia fotografi, kita juga mempunyai Zon sistem yang dipelopori oleh ansel adam.

  • Zone sistem ini membantu kita membuat perubahan exposure berdasarkan bacaan meter kita.
  • Tone didalam Zone sistem dihasilkan dengan beza sebanyak 1 stop exposure bagi setiap turutan zone.
  • Dengan membandingkan nilai zon antara kawasan, kita boleh mengubahsuai exposure dengan tepat dengan mengira perubahan stop yang diperlukan.
  • Kebanyakan perisian editing, samada foto atau video, akan memberikan option untuk kita mengubahsuai nilai didalam highlight., midtone dan shadow. Sebagai contoh ini adalah setting yang boleh ditukar dalam premiere – lumetri color effect. Disini, kita boleh ubahsuai warna dalam kawasan tertentu.

  • Memahami Value dalam fotografi, adalah amat penting kerana mood, theme, malah exposure sendiri sangat bergantung kepada kita menggunakan pengetahuan ini sebagai alat komposisi atau alat pengubahsuaian .
  • Tidak memahami values, bermakna anda tidak mempunyai pengetahuan untuk mengawal exposure secara tepat pada bahagian bahagian tertentu.
  • Sebagai contoh dalam gambar dibawah, bila kita ingin mencipta gambar dengan value yang berlainan untuk mencipta 3 dimensional portrait, Key light diletak pada nilai exposure beberapa kali lebih kuat berbanding dengan fill light pada belahan muka yang berada didalam shadow. Perubahan ratio ini merupakan antara perkara penting wajib diketahui oleh jurugambar.

  • Berbeza pula dengan gambar dibawah. Kelihatannya seperti kedua belah muka tidak mempunyai perbezaan value dalam exposure yang ketara.

  • Perubahan value, dipanggil sebagai contrast.
  • Terdapat gambar jenis contrast tinggi, dan juga contrast yang rendah. Gambar diatas ini  dipanggil gambar dengan contrast rendah
  • Gambar dibawah ini boleh dikatakan normal contrast tapi agak menghampiri kepada contrast tinggi.

 

 

Share with your friends: