Mengenal Kamera anda

Kamera didatangkan dalam pelbagai bentuk, saiz, teknologi dan harga. Walaupun berbeza, pada asasnya kamera ni semua buat benda yang sama, iaitu merakam cahaya pada sensor dan menukarnya kepada imej digital dalam bentuk document elektronik.

Kamera moden dibawakan dengan macam macam fungsi. Susah kalau nak saya senaraikan semua sekali. Kalau tengok dalam menu kamera, beratus ratus fungsi disenaraikan dan sebenarnya saya pun bukan tahu semua fungsi tu. Tapi sekurang-kurangnya kita kena tahu fungsi fungsi asas sesebuah kamera dan cara menggunakannya dengan baik.

  1. AF-Assist Illuminator
    Jika subject anda berada dalam gelap, cahaya dari af-assist akan dipancarkan untuk membantu focusing.
  2. Suis Power
    Suis ringkas yang perlu dipusingkan untuk menghidupkan atau mematikan kamera.
  3. Butang Shutter Release
    Butang shutter release selalunya adalah butang yang boleh dikendalikan dengan dua cara. Picit separuh untuk fokus, dan picit penuh untuk rakam gambar.
  4. Aperture/Exposure Compensation
    Tekan butang ini untuk mengubahsuai aperture atau mengubahsuai nilai exposure.
  5. Movie Record button
    Tekan butang ini untuk memulakan rakaman video dan tekan lagi untuk berhenti merakam.
  6. Live View Switch
    Tekan butang ini untuk memaparkan pemandangan dari lensa pada skrin LCD kamera.
  7. Mode Dial
    Pulas dial ini untuk memilih shooting mode yang ingin digunakan seperti mode manual, mode aperture atau shutter priority.
  1. Pop-up flash
    Flash kecil yang boleh digunakan utk menerangkan subjek yang berada dalam gelap.
  2. Flash Modes dan Flash Compensation
    Butang ini membenarkan kita memilih pelbagai mode flash seperti mode pengurangan red-eye dan mengawal kuasa flash.
  3. Butang Function
    Anda boleh setkan butang ini dengan sebarang fungsi pilihan anda, contohnya bila tekan butang ni, kamera terus set kepada center focus. Dan bila lepas, ia kemabli kepada focus mode yang asal.
  4. Lens Release Button
    Tekan butang ini untuk mengeluarkan lens dari badan kamera.
  5. Infrared Receiver (depan)
    Anda boleh aktifkan kamera secara remote dengan menggunakan controller yang dihala pada receiver ini.

  1. Stereo Microphone
    Kebanyakan kamera mempunyai microphone kecil untuk merakam audio semasa merakam video.
  2. Accessory Shoe
    Mounting plate yang membenarkan kita memasang external flash
  3. Eye Sensor
    Apabila kita merapatkan mata kita pada viewfinder utk merakam, paparan LCD akan segera dimatikan.
  4. Info Button
    Tekan butang ini utk mengaktifkan skrin LC dan memaparkan maklumat berkaitan setting.
  5. Command Dial
    Command dial membenarkan kita megubahsuai nilai setting kamera dengan cara memusingkannya kekiri atau kekanan.
  6. Menu Button
    Menekan butang menu akan memberikan akses kepada semua pilihan setting pada camera.
  7. Infrared Receiver (Rear)
    Anda boleh mengaktifkan kamera secara remote dengan menghalakan controller kepada receiver ini.
  8. Speaker
    Speaker kecil untuk mendengar audio yang anda rakamkan.
  9. Viewfinder Eyepiece
    Melalui viewfinder ini anda boleh melihat grid framing dan setting kamera yang dipilih.
  1. Dioptre Adjustment
    Disini anda boleh mengubahsuai focus pada viewfinder utk lebih sesuai dengan pandangan mata anda sekiranya gambar pada viewfinder anda kelihatan kabur.
  2. Play Button
    Menekan butang ini akan paparkan gambar pada LCD Monitor.
  3. Information Button
    Apabila menekan butang ini, anda bileh menukar setting seperti kualiti imej dan metering.
  4. Multi Selector
    Multi selector berfungsi sebagai cursor untuk anda menavigasi menu pada screen anda.
  5. Ok Button
    Gunakan OK button untuk memilih item yang anda highlight pada menu di screen.
  6. Trash Button
    Anda boleh membuang gambar dalam memori kad yang sedang dipapar dengan menekan butang ini.
  7. Vari-angle monitor
    Segala paparan setting kamera dan paparan gambar yang dirakam akan dipapar pada screen ini. Vari angle benarkan anda memusingkan skrin pada sudut yang lebih mudah untuk paparan anda dari pelbagai sudut.
  8. Playback Zoom
    Anda boleh zoom gambar yang dipaparkan pada screen lcd kamera sehingga beberapa kali ganda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *