Posted on 1 Comment

Mengendalikan masalah HDR dalam event photography

Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya nak share sikit masalah yang agak menakutkan ramai photographer dalam event photography, iaitu high dynamic range.

Kalau sesekali terkena masalah ni, utk jurugambar yang baru baru, malah yang lama lama pun, boleh buat mereka termenung juga.

Utk memberikan contoh, ini adalah gambar utk client saya baru baru ini. Kalau kita perhatikan, sign di belakang tu amatlah terang dan kawasan ini, teramatlah gelap. Dalam situasi ini, kita selalu memilih samada kita nak expose utk highlight (logo) ataupun pada shadow (subject) dan sekeliling logo tersebut.

Jika kita meningkatkan exposure, logo akan menjadi over expose dan subject akan kelihatan terang sedikit.

Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu menggunakan speedlite untuk menerangkan subjek. Disini saya gunakan flash godox v860 secara on camera, dan bounce kepada ceiling. Hasilnya adalah seperti dibawah. Saya jarang gunakan mode ttl jadi kekuatan cahaya flash sentiasa dikawal secara manual.

Akan tetapi, perlu diingat, kita juga perlu memilih shutter speed yang sesuai kerana highlight pada logo adalah teramat terang. Jadi cara penyelesaiannya adalah dengan menggunakan shutter speed yang lebih tinggi.
Setting yang saya gunakan dalam gambar ini adalah 1/250s, f1.8 dan iso 125.

Satu lagi contoh gambar yang saya boleh kongsikan adalah seperti berikut.

Atau, cara yang lebih mudah… elakkan saja background seperti diatas kerana ia menyusahkan kerja anda. Kalau ada background alternatif, pakai saja background lain yang lebih mudah exposurenya kerana dalam event macam ni, kalau boleh kita nak dapatkan gambar kemas dan mudah. Tapi kalau client minta juga, kita kenalah tau cara nak selesaikan.

1 thought on “Mengendalikan masalah HDR dalam event photography

  1. Salam, kelas encik ada yang dibuka di Negeri Sembilan tak? Bagaimana nak contact untuk book kelas fotografi dengan encik?

Leave a Reply to Muhammad Akmal Bin Bahnan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *