Posted on Leave a comment

Menggunakan tone terang dan gelap

Terma tone merujuk kepada kawasan dalam gambar yang boleh kita kenali sebagai kawasan terang dan gelap. Pada situasi yang paling extreme, sesebuah gambar mungkin cuma mempunyai tone terang dan gelap tanpa perubahan yang beransur antara kedua kawasan tersebut.

Sebagai contoh gambar di bawah menunjukkan tone terang dan gelap dengan mudah. Walaupun kebanyakan orang melihat cuma dua tone, tetapi orang yang berkerja dengan warna dan foto dapat melihat yang pada dalam kawasan putih, terdapat banyak tone terang dan light gray.

Dalam gambar dibawah pula menunjukkan gambar yang kaya dengan tone, ada tone terang dan gelap, dan perubahan atau transition dari terang dan gelap dibahagian reflection. Gambar ini boleh dikategorikan dalam high contrast image.

Gambar dengan tone yang kebanyakan gelap dan sedikit kawasan terang yang menampakkan latar kawasan ini. Gambar ini saya rakamkan di pulau maiga, semporna sabah.

Dalam gambar dibawah, kebanyakan kawasan adalah mempunyai tone terang. Hanya sedikit mempunyai tone gelap seperti rambut. Gambar ini juga dikenali sebagai High key image dimana kebanyakan kawasan mempunyai kecerahan yang tinggi.

Gambar dengan tone terang seperti ini dikenali sebagai gambar dengan tonality High Key.

Gambar dibawah pula menunjukkan low key image. Dimana kebanyakan tone adalah gelap.

Tengku azri memberi ceramah dalam bengkel anjuran mwwpm ini. Saya dijemput utk beri ceramah tentang produk fotografi dalam bengkel ini. Sempat juga snap beberapa keping gambar.

Untuk merakam seperti ini, kamera meter selalu kurang dapat memberikan gambar yang tepat dari segi exposure. Adalah lebih mudah menggunakan manual mode kerana ia memberikan exposure yang konsisten walaupun framing kita berubah. Saya pernah melihat seorang self claim pakar yang mengatakan mode aperture priority boleh menghasilkan gambar yang baik.

Pada saya, menggunakan mode yang bergantung kepada pengiraan metering sebenarnya menyusahkan kita. Setiap kali kita menukar framing, pengiraan metering akan memberikan hasil yang berlainan dan kita perlu compensate menggunakan Exposure value compensation.

Lebih mudah jika mampu menilai exposure dengan baik, set kepada manual dan dapat hasil yang konsisten walau framing bertukar. Terutamanya apabila kita merakam dark and bright tone dalam satu frame, metering selalu berikan hasil yang salah kerana dia tak tau kita nak expose utk shadow atau highlight.

Yes kita boleh set setting highlight tone priority tapi still, manual takkan ubah sebarang setting kita. Hanya kita yang tahu apa kita nak rakam.

Jadi, belajarlah setting manual kerana ia tidaklah sesukar mana. Ramai yang menghadiri kelas saya dapat menguasainya dalam setengah hari saja. Balik dah boleh guna manual dan decide sendiri apa exposure yang tepat setiap kali, berdasarkan ilmu fotografi yang tepat.

Insya allah soon saya akan upload pula tutorial setting manual yang mudah difahami. S

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *