Apabila kita merekod audio didalam satu ruang, contohnya dalam studio, kita akan mendapati suara kita akan bergema. Hal ini adalah disebabkan oleh masalah echo atau gema. Echo adalah pantulan gelombang audio pada dinding bilik atau studio. Masalah ini sebenarnya menghantui saya beberapa lama. Saya bukanlah sound engineer . Jadi setelah lama mengkaji dan menelaah diinternet, akhirnya saya dapat satu kaedah yang efektif utk memperbaiki mutu bunyi terutamanya untuk mengurangkan gema.

Cara nak mengurangkan gema adalah mudah sebenarnya, kita cuma perlu mengelakkan pantulan tersebut mengenai mic semula. Panduan ini mungkin boleh membantu youtuber atau studio foto dan video seperti kami untuk meningkatkan kualiti rakaman suara.

Perhatian gambarajah dibawah.  Sender akan mengeluarkan gelombang bunyi (original wave) dan ia akan mengenai dinding (object).  Dinding ini akan memantulkan semula gelombang ini (reflected wave).

bagaimana echo berlaku

 

Mengenali apa itu reflection, echo dan diffusion

 

Cara untuk menyelesaikan masalah gema atau echo ni ada beberapa cara

Cara 1: Menyerap bunyi

Anda boleh meletakkan Sound absorber panel di bucu kiri dan kanan bilik anda. Sound absorber panel bersaiz 3×4 kaki dengan ketebalan 1 inci sudah boleh memberikan kesan serapan yang berkesan. Bagaimanapun ia sangat bergantung kepada saiz bilik juga. Semakin besar bilik anda, semakin banyak absorber yang diperlukan. Sound absorber memerlukan material yang lembut dan seperti lapisan kain, foam core, dan sebagainya. Lebih tebal material, lebih banyak gelombang akan dilemahkan oleh material tersebut.

Panel penyerap bunyi

Cara 2: Menyerak bunyi

Menyerak bunyi maksudnya adalah memantulkan gelombang bunyi tersebut kepada arah yang lain. Anda boleh menggunakan kayu berdensiti tinggi yang dibentuk secara melengkung atau curvy. Menyerak bunyi memerlukan material yang keras dan dibengkokkan. QRD diffuse adalah satu jenis diffuser yang sangat effektif.

Cara 3 : Serap dan serak bunyi

Menggunakan gabungan dua teknik diatas akan memberikan kesan yang lebih baik.

Cara 4 : Guna Dynamic mic

Pemilihan mic juga sangat penting untuk memastikan kita mampu merekod bunyi yang paling dekat dengan sumber suara.

 

Share with your friends:
  • 16
    Shares
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih