Adhadi.com dan adstudioshahalam.com merupakan diantara website yang saya bina di atas platform percuma. Berikut adalah mekanisme yang saya gunakan untuk membina online ecosystem utk perniagaan saya ini.

Web hosting

Webhosting yang saya gunakan adalah Google cloud platform yang diberikan secara percuma untuk 1 tahun.  Dengan 1 tahun ini, anda boleh membina satu Web server lengkap dengan Virtual cpu, SSD dan Ram yang tinggi, menyamai web hosting VPS berharga 200-500 ringgit sebulan yang ditawarkan oleh syarikat lain.

Web server ini sangat mudah untuk dideploy.. anda hanya perlu klik deploy dan ia akan setup platform yang anda mahu, cthnya wordpress. Tiada coding atau system setup diperlukan. Ianya pretty much work out of the box.

Selepas satu tahun, anda boleh setup satu lagi gmail akaun, setup satu lagi google cloud account, dan migrate keseluruhan website anda ke akaun google cloud yang baru. Jadi anda dapat satu tahun lagi percuma. Jika susah nak setup baru.. anda boleh bayar je kat google, cheapest server hosting cuma USD5 sebulan.. tak sampai rm20

Email

Semua akaun email adhadi.com didaftarkan dibawah ZOHO.com yang juga percuma untuk basic email account hosting. Anda hanya perlu setup sedikit verification dan bergelumang dengan mx record dsb tetapi tak ada lah susah sangat. pretty straightforward je. Walaupun saya tak gunakan email adhadi.com untuk berurusan, ttetapi saya masih perlukannya untuk terima email email rasmi dibeberapa tempat. Mostly saya forward ke main email akaun saya je. Saya lebih suka gmail akaun sebab interfacenya amat mudah digunakan dan spam filter yang hebat.

Email Blaster

Untuk email blaster, which saya jarang nak buat lagi sekarang,. saya menggunakan Amazon SES iaitu simple email service yang juga percuma. Mereka memberikan quota 50000 email sehari.. which saya tak pernah guna pun. But its free. So… good to have.

Content Management

Engine untuk website ini adalah wordpress, which is free juga. WordPress hari ni sangat mudah digunakan dan setup pun hanya perlu 1 klik. Saya mempunyai siri tutorial wordpress berbahasa melayu yang saya letak di youtube. Anda boleh rujuk jika berminat untuk mempelajarinya.  Layari link ini untuk akses tutorial itu

https://www.youtube.com/playlist?list=PL18JbHuSz8qi1leb-XjFsZqcdjQqB8LEr

Ecommerce 

Untuk ecommerce shopping cart, saya menggunakan plugin woocommerce yang mana ianya percuma juga. Sangat mudah digunakan untuk menjual barangan diwebsite.

Payment Gateway

Di malaysia, kita mempunyai satu payment gateway yang mudah di daftar dan digunakan iaitu Billplz. Ianya adalah sistem prepaid.. Dimana anda bayar dulu pada mereka.. dan mereka akan deduct RM1.50 untuk setiap transaksi jualan, tak kira berapa harganya. I think ini adalah quite reasonable. Tapi saya tak menjual banyak menggunakan gateway, sebaliknya minta customer bank in cara biasa saja. Menggunakan payment gateway akan buka peluang untuk customer yang menggunakan card credit.

Domain name

Domain name adalah satu satunya yang saya kena bayar.. which tak mahal pun. Setahun dalam rm40. Trick dia.. jgn x renew. Sentiasalah renew sebab ada domain saya dah kena kidnap dan nak beli balik kena pakai duit yang banyak. Saya menggunakan namecheap.com sebagai registrar saya.

Kemahiran diperlukan

Mahu tidak mahu, untuk setup diatas semua, anda perlukan sedikit pengetahuan terhadap i.t. Takdelah heavy sangat, tapi still kena ada sikit. Setup google cloud account, domain dan wordpress website, hanya memerlukan tempoh dalam 10-15 minit saja. Setup perkara lain, macam zoho email, amazon ses mungkin makan masa dalam 24 hrs sebab perlu pengesahan. Tetapi setup ini semua adalah mudah dan jika anda perlukan bantuan saya, just contact saya melalui whatsapp dan insya allah saya akan cuba bantu.

 

 

 

 

Share with your friends:
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih