Assalamualaikum wbt.

Rasa tak pernah lagi saya buat personal entry dalam adhadi.com ni. Tapi since company dah ada adstudioshahalam.com dan saya pun dah mula nak memblog secara peribadi.. so kali ni saya nak buat entry yang personal lah.

Lepas ni rasa nak rajin rajinkan diri isi blog dan vblog sekali… harap harap jadila. hehe. Insya Allah.

Kalau tahun lepas Irfan dapat masuk Sekolah Alam Shah atau SAS putrajaya, tahun ni rezeki Afiq pulak diterima masuk ke MRSM bentong. Ada juga mintak kat SAS tapi rezeki tak menyebelahi afiq, rezekinya dapat di MRSM bentong. Pada saya semua sekolah adalah sekolah yang baik, cuma SAS dekat lagi dengan rumah dan boleh sekali jalan dengan abang dia.

 

Cucu kesayangan tokmi ni

 

Berdebar dalam perjalan ke bentong… Sejam setengah je pun dari subang

Dah sampai MRSM…

 

 

 

Sesi pendaftaran

 

 

Booth jualan phone di hari pendaftaran. Sim kad pun ada jual. Jgn risau

 

Sapa yang tak sempat beli phone.. boleh beli phone kat sini.. murah je. RM99. Tapi kalau beli kat Lelong.com.my lagi murah, RM75 je.

 

Kantin.. yang tak sempat singgah memana tu bolehlah makan kat kantin

Booth jualan makanan oleh student pun ada…

 

Dah siap buat bayaran di koperasi untuk cadar, sarung bantal dan baju baju senaman. RM295 je… baju orientasi saya beli 2 sebab katanya hari hari pakai… kesian plak kalau tak sempat basuh.
Selain tu kena bayar RM50 untuk dobi satu semester, dan RM28 untuk bantal. Bantal boleh je bawak dari rumah, tapi kami terbawak bantal tebal sikit, so, tak ngam dengan sarung bantal yang dibeli. Walaupun kat rumah afiq tak suka tido berbantal, tapi kami belikan juga la satu.

 

Lepas tu ada ceramah sikit. Dengar je sampai abis. Sebenarnya saya tak baper dengar sebab asyik melayan customer kat phone.

afiq ni part bergambar memang liat sikit.

 

Harap Afiq akan menjadi insan cemerlang dunia akhirat….

Share with your friends:
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih