First sekali kena tahu yang album kahwin ni ada banyak jenis. Dan cara design pun boleh guna apa software pun. Guna microsoft word atau microsoft powerpoint pun boleh sebenarnya design album ni…

Secara professional, saya recommend 3 software untuk design album

  1. Smart album,
  2. Adobe Indesign
  3. Adobe photoshop

SMART ALBUM

Smart album adalah perisian yang paling simple, mudah dan cepat untuk design album. Anda boleh hasilkan layout yang kemas untuk 20 pages album dalam masa 10-15 minit saja… Seharusnya perisian ini wajib dimiliki oleh setiap jurufoto kahwin.

Cara mengunakan software ini amatlah mudah, auto layout software ini sangatlah efektif dan cara mengubah suai layout juga adalah amat mudah.

Saya ada menghasilkan tutorial smart album dalam bahasa melayu. Jika berminat boleh dapatkan disini http://35.201.246.227/shop/tutorial-membina-album-perkahwinan-cara-mudah-dengan-smart-album/

ADOBE INDESIGN

Adobe indesign sememangnya satu perisian pembinaan layout yang banyak digunakan oleh syarikat majalah dan pengiklanan. Kalau nak buat buku, majalah, inilah perisiannya. Untuk album design, perisian ini sangat memudahkan kerja kerana memang khas untuk layout.

Yang kurang berbanding smart album, adalah autolayout. Tapi tanpa autolayout pun, saya masih boleh hasilkan album sepantas 20-30 minit dengan menggunakan indesign.

Adobe Indesign

Apabila menggunakan adobe indesign dalam membina album, kemahiran menyalin frame dengan cepat menggunakan shortcut key alt dan drag adalah amat penting. Anda juga digalakkan menggunakan Content Aware fitting dalam adobe indesign cc 2019 untuk membesarkan gambar mengikut saiz frame dan meletakkan objek ditengah tengah frame. Shortcut key fungsi baru ni adalah Ctrl Alt X.

Satu lagi kelebihan adobe indesign adalah penggunaan Master page. Anda boleh meletakkan sebarang design yang biasa anda gunakan dan ia akan sentiasa berada disana. Ia juga mudah diubah suai dan digunakan semula.

Master page adalah kelebihan indesign dan photoshop mahupun smart album tak dapat tandingi.

 

ADOBE PHOTOSHOP CC 2019

Dahulu, kita gunakan adobe photoshop untuk design album sebab terpaksa. Kita tak ada perisian yang mudah digunakan dan mudah dapat. Tapi hari ini, adobe photoshop cc 2019 merupakan satu perisian yang hebat untuk design album, at least saya fikir begitu.

Ini kerana dalam photoshop cc 2019, adobe bekalkan kita dengan templating tool iaitu Frame tool panel macam indesign. Nama tool ini adalah Placeholder tool. Walaupun fungsinya tak seberapa bagus seperti frame tool dalam indesign yang boleh automatically fit gambar, tapi at least kita dah boleh replace gambar dalam frame dengan mudah.

Dengan Placeholder tool, kita boleh tukar gambar dengan cepat, menjadikannya sebagai templating tool.

Gabungan fungsi grafik dengan placeholder tool ini boleh memberikan kita kemampuan untuk menggunakan photoshop sebagai layout design software dan dalam masa yang sama, kita boleh buat rekaan seperti masking yang compleks dalam photoshop.

Satu tips lagi yang saya boleh share, anda boleh gunakan artboard function dalam photoshop untuk membina page page dalam album tersebut. Bagaimanapun ini akan membebankan perisian tersebut, tapi saya rasa kalau ram 16gb keatas, tak ada masalah untuk support 10 full spread dalam photoshop tu.

KESIMPULAN

Ketiga tiga perisian diatas adalah software yang saya boleh kongsikan kerana mengikut pengalaman dan percubaan saya menggunakan ketiga tiga perisian ini, akan memberikan pengalaman yang berbeza. Jika anda mahu yang terpantas, gunakan smart album. Jika anda mahu yang terlengkap gunakanlah adobe indesign tetapi jika anda penuh dengan jiwa seni yang mahu menggunakan banyak rekaan yang kompleks, maka gunakanlah adobe photoshop.

Sebagai trainer saya takkan cuba mempengaruhi anda untuk menggunakan salah satu saja, tapi menggalakkan anda mencuba ketiga tiga perisian ini dan merasa sendiri mana yang bagus untuk anda.

Saya sendiri sentiasa menggunakan ketiga tiganya mengikut kesesuaian projek.

Share with your friends:
  • 50
    Shares