Apabila merakam potret studio, sangat penting untuk kita mengetahui lebih awal, apa yang ingin pelanggan kita capai. Shooting secara sembrono tanpa perancangan awal adalah merugikan masa dan tenaga semua orang.

Beberapa perkara yang perlu difikirkan

  1. Tujuan sesi fotografi
  2. Creative requirements
  3. Peralatan diperlukan
  4. Tempoh masa diperlukan
  5. Model
  6. Jurusolek
  7. Pakaian
  8. Prop-prop 
  9. Makanan dan minum

kadang kala sesi rakaman boleh menjadi sangat lama… jika anda mempunyai pengurus projek, maka beliau kenalah memikirkan semuanya termasuklah makan minum. Akan tetapi jika anda person incharge cum photographer, maka anda perlulah memikirkan dan menyediakan segalanya.

Mempunyai kakitangan atau team yang competent boleh membantu. Kakitangan juga mempunyai jenis kakitangan, ada kakitangan yang membantu dari perjalanan projek, ada yang membantu lighting, ada yang membantu prop atau solekan. Tidak ada seorang manusia boleh buat semua kerja. Dan tak wise untuk buat semua kerja pun sebab nanti akan caca marba dan tidak kemas.

Meeting

Meeting atau mesyuarat dengan pelanggan adalah amat penting untuk memastikan kita memahami apa yang beliau perlukan. Selalu saya dapati client mahu book studio dan masa tu lah dia mahu discuss tentang creativity requirements. Sebenarnya creativity perlukan sumber inspirasi dan masa. Yes, kita boleh comeup something dalam masa yang cepat. Tapi percayalah, rushing akan menyebabkan kita hilang perspective dan akhirnya buat keputusan dalam keadaan tergesa gesa. Meeting, discus, dan beri tempoh masa utk research adalah lebih baik. Result akan lebih menarik nanti. 

Creativity datang dalam pelbagai cara. Akan tetapi bila berkerja dengan ramai orang, kita perlukan mockup bagi memastikan client, make up artis dan orang orang lain yang berkerja dalam project itu, memahami apa yang kita mahu execute. Jika kita gagal menyampaikan maklumat dengan jelas kepada kakitangan lain, kemungkinan besar hasil pun akan jadi lain. Saya telah melihat banyak kali dalam pelbagai project, client sendiri tidak memahami apa yang dia mahukan dan gagal menyampaikan requirements dengan baik. 

Creative Differences

Apabila berkerja dalam projek kreatif seperti photography, kita pasti akan berjumpa dengan client yang mahu hasil dalam bentuk yang lain. Akibatnya project akan dragged dan lebih lambat deliver. And nobody happy.

Sangat penting untuk photographer dan client berbincang dengan jelas, dan sewaktu shooting pastikan dilengkapi dengan tethering tools. Pastikan client disitu untuk mengesahkan yang requirements telah tercapai. Anda tidak mahu reshoot…. seriously. Reshoot waktu yang lain perlukan anda utk memanggil kembali semua orang, termasuk model, make up artist dan sebagainya. Anda tak mahu macam itu.

studio photography
Share with your friends: