Dalam menulis iklan, terdapat beberapa strategi yg boleh digunakan.

Pathos : Menggunakan emosi
Logos : Menggunakan logik dan fakta
Ethos : Menggunakan kredibiliti atau karakter

Pathos

Pengiklanan yang menggunakan pathos akan cuba menimbulkan tindak balas emosi pada diri penguna. Kadang kala emosi yang cuba ditarik adalah kegembiraan, kadang kala pengiklan juga menggunakan emosi yang negatif seperti kesakitan jika membeli tilam yang salah. Emosi takut dan serba salah juga selalu digunakan, sebagai contoh gambar kanak kanak kelaparan akan meyakinkan pengguna untuk memberikan derma.

Sebagai pengguna, emosi kita selalu akan bertindakbalas kepada iklan pathos tanpa menganalisa rasionalnya iklan tersebut.

Iklan pathos akan cuba meyakinkan kita dengan simpati, marah, harapan, cemburu, takut, sayang, patriotik, rasa bersalah, benci atau gembira.

Penggunaan pathos boleh bersifat manipulasi. Pathos boleh menggerakkan pengguna untuk mengambil tindakan berulang kali.

Rayuan pathos akan menyentuh hati orang dan akan membuatkan mereka mengambil tindakan seterusnya.

Dalam menggunakan pathos, kita perlu sedar audience tidak begitu bertindakbalas kepada rayuan emosi yang terlalu terang-terang. Pengiklan yang baik akan mengajak audinece untuk mengambil berat kepada topik yang diterangkan menggunakan penyataan, bukti, atau dakwaan yang akan menimbulkan tindak balas emosi diatas.

Ethos

Ethos adalah kaedah meyakinkan audien melalui karakter seseorang. Kita selalunya akan percaya orang yang kita hormati. Matlamat kita adalah untuk meyakinkan iklan itu berbaloi untuk ditatapi, diyakini menggunakan seseorang yang ada kepercayaan pada umum.

Utk menggunakan ethos, kita perlukan karakter yang boleh dipercayai, seperti wanita mengandung, bercerita tentang perihal mengandung.

Logos

Logos adalah kaedah meyakinkan menggunakan fakta yang logik.

Antara yang selalu digunakan adalah statistik. Fakta lain termasuklah rekod bukti dan data bersejarah.

Juga kita boleh menyebut kajian, laporan, survey.

Penggunaan buzz word kadang kala boleh menimbulkan kepercayaan.

Share with your friends:
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih