Posted on Leave a comment

Pro Tip – Tethering dengan Camera

Pro Tip - Tethering dengan Camera 1

Assalamualaikum wbt. Hari ni saya nak share sikit tip bila buat tethering. Tethering ni maksudnya shoot direct dari laptop atau smartphone. Ada banyak software yang membenarkan tethering hari ni, contohnya Adobe lightroom, Capture One Pro, canon eos utility, camranger , smart shooter, dslr dashboard, breeze system, astrodslr, camerarc, darkroom core, darktable, entangle, dna software, kuuvik , nikon camera control pro 2, phocus dan banyak lagi.  wow.. banyak kan.

Shoot secara tether akan memudahkan kita menyemak FOCUS, KUALITI, SHARPNES DAN EXPOSURE dari monitor yang lebih besar. Selalu kita missed satu dua masalah kalau semak guna dslr screen saja. Untuk commercial, shooting tether adalah sangat sangat penting dan membantu.

Tapi nak tether pun sebenarnya kenalah faham 1-2 perkara. Nanti anda akan frust bila tether x menjadi. So.. disini saya senaraikan perkara yang berkaitan dengan tethering

  1. Memory camera boleh rosak secara tiba tiba.
  2. Camera screen adalah kecil dan memenatkan mata. Pasang monitor sebesar boleh….
  3. Software yang datang dengan kotak kamera anda adalah yang terbaik, sehinggalah anda jumpa perisian commercial yang lain.. lepas tu anda akan rasa software tu gila crappy.
  4. Most problem datang disebabkan cable anda bermasalah.
  5. Jika supported, sentiasa shoot small JPEG + RAW.
  6. Sentiasalah save dalam card dan disk.
  7. USB2.0 data transfer adalah slow. Kebanyakan tidak dapat power yang cukup untuk sustain data transfer menyebabkan delay dan disconnection. Cable yang terlalu panjang juga senang memberikan masalah.
  8. Kamera yang menggunakan USB 3 adalah lebih laju. Pastikan juga anda gunakan cable yang betul dan berkualiti. Port yang digunakan pada komputer juga perlu dipastikan menyokong format 3.0.
  9. Apabila menggunakan USB masuk ke port pada DSLR, locking adalah amat lemah, mudah tercabut dan boleh menyebabkan kerosakan.
  10. Wireless tethering? menggunakan wifi network? Data Transfer adalah amat perlahan. Sebaiknya guna camranger.
  11. Ok so ianya takdelah 1-2 perkara tapi sebenarnya banyakkkkk lagi. Apapun kena cuba, trial and error dengan apa yang anda mampu.
  12. Jika anda merakam gambar distudio, tethering adalah amat berguna kepada client. Malah ia akan membantu anda mempercepatkan kerja, membuat keputusan dan boleh meningkatkan sales.

Berikut adalah peralatan/software yang stakat ni saya boleh kongsi.

DIRECT TETHER DARI PHONE ADALAH MUDAH

Pro Tip - Tethering dengan Camera 2

Tethering direct dari android phone adalah mudah. Bagaimanapun software mostly tak free hari ni. Antara yang saya gunakan adalah qdslrdashboard(rm37) atau sony imaging (free).  utk memasang menggunakan usb, anda perlukan OTG cable.

Kebanyakan pengeluar kamera ada perisian mobile untuk wireless tethering. Ada banyak tutorial video cara setup di youtube. Anda boleh search dengan mudah dengan gunakan keyword seperti “nikon tethering smartphone” atau seperti “sony mobile tethering”.

RIGHT ANGLE USB MUDAH DIKENDALIKAN

Saya dapati yang right angle USB cable adalah lebih mudah digunakan berbanding yang direct masuk tu. Kat lowyat ada jual.

Pro Tip - Tethering dengan Camera 3

IKAT USB CABLE PADA TEPI KAMERA SUPAYA TAK MUDAH TANGGAL

Pro Tip - Tethering dengan Camera 4

Idea ni saya dapat dari tengok alat yang dijual dibawah. Tapi since saya x tau mana nak beli, saya improvise, ikat je pakai cable tie. Bila kita gerak banyak, memang cable pun akan bergerak. Just pakai cable tie supaya menggenggam cable tu, dan ikat cable tie tu pada camera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *