Assalamualaikum.

Hari ni saya just nak share beberapa pendapat peribadi dengan senario yang berlaku dalam dunia photographer berbayar hari ini. Isu ini merupakan isu klasik dan xkan habis sebenarnya.. Tapi pada saya sebenarnya ada beberapa isu yang jika kita boleh sepakat untuk membendungnya, insya allah industri kita akan jadi lebih baik.  Sebelum saya teruskan artikel saya… saya just nak tekankan yang saya pun bukan lama sangat dalam bidang fotografi, masih baru dan mentah lagi. Baru 13 tahun dalam bidang ini… jadi pendapat saya mungkin salah. Silalah tinggalkan komen jika anda setuju/tak setuju dengan pendapat saya.

Isunya…

  1. Isu Jurugambar subcon dibayar murah
  2. Isu andaman caj mahal dan bayar jurugambar dengan murah

Pendapat saya…

  • Di dalam group group photography, saya banyak melihat jurugambar ditawarkan kerja kerja shooting dengan harga serendah 100-200-300 perevent. Pada saya masalahnya bukanlah pada amount yang dibayar, tapi apa akan jadi jika JURUFOTO gagal mengenalpasti AMAUN yang sesuai untuk dicaj pada syarikat.
  • Apabila kita hire photographer, kita sebenarnya hire “MASA KERJA” dan juga “KEMAHIRAN” jurugambar itu. Jadi sebenarnya kamera dan peralatan itu, syarikatlah yang kena sediakan. Jika mereka mahu guna peralatan photographer yang dilantik, mereka haruslah membayar harga sewaan peralatan.
  • Sebagai contoh, jika jurufoto itu diperlukan untuk merakam untuk 4 jam.. dan upah kerja adalah RM100 sejam.. maka untuk 4 jam jurufoto itu perlu diupah dengan harga RM400. Jika jurufoto itu lebih handal, mungkin boleh dibayar dengan harga RM200 sejam malah apa saja amount mereka tetapkan.
  • Untuk kamera dan peralatan, syarikat kena menyediakan barang barang tersebut. Jika nak sewa dari jurugambar tersebut, maka bolehlah ditetapkan harga tertentu. Contohnya kita boleh guna harga sewaan dari rentaru.my. Katakan jika body Nikon D7200 disewa pada RM150 sehari.. maka kita boleh sewakan dengan harga RM40 untuk 4 jam tempoh digunakan.
  • Jadi kalau syarikat tu demand nak pakai full frame..  dengan lens prime dan segala gala yang mahal… kira sajalah tempoh penggunaan dan kemudian caj lah.. kalau tak sanggup nak bayar.. atau tak mampu nak bayar, then tak sepatutnya mereka dengan tamak kaut apa saja kerja walaupun tak mampu sediakan peralatan yang betul.
  • Satu lagi isu yang selalu dirujuk pada saya adalah masalah jurugambar yang dihire.. tak dapat nak deliver… Ada satu masa satu syarikat yang suka ambil jurugambar secara adhoc, mengadu yang salah seorang photographer yang mereka hire, tak dapat fokus dengan betul. Akibatnya beratus gambar konvo booth mereka tak sharp semua. Photographer tu kata kamera problem.
  • Saya balas masalah ni bukan pada photographer tu.. dia sekadar bekerja. Yang salah adalah bos. Sebab… pertama dia amik photographer tangkap muat. Walaupun katanya dah cek. Saya selalu lihat syarikat ni iklankan cari photographer last minute. Bagaimanakah cara mereka menyemak skill, attitude dan cara kerja photographer ni dengan sekali tengok facebook saja? Proses mencari pekerja perlukan interview, test, dan kemudian.. perlu dilatih sebagai trainee atau assistant dahulu.
  • Kemudian, semasa waktu merakam gambar, perlu ada proses q.a... seseorang perlu menyemak hasil kerja itu. Jika dari pagi sampai kepetang tak ada orang yang semak.. itu salah syarikat tersebut kerana x sediakan proses q.a
  • Seorang jurugambar yang dihire secara adhoc.. selalunya tidak di cover dengan insuran kerosakan barang, malah tiada coverage perkeso jika kemalangan dan tiada kwsp. Whatever yang anda caj hari ini… bukan duit upah anda seorang saja.. tapi juga untuk duit belanja bila kemalangan dimasa depan, macamana jika anak sakit dimasa depan.. masuk hosp kerajaan pun still perlukan duit belanja untuk berulang alik dan beli barang lain. Macamana jika kamera rosak.. kereta rosak, aircond rosak, nak belanja pi haji dan sebagainya. Anda perlu caj yang mencukupi untuk simpanan ini semua kerana inilah punca pendapatan anda. Jika duit ini tak datang dari caj service photography anda, dari manakah ianya akan datang?  Anda perlu lebih bertanggungjawab kepada keluarga anda dengan mendapatkan pendapatan yang mencukupi untuk menjalankan kehidupan yang selesa, hari ini dan dimasa akan datang.
  • Saya juga melihat banyak trend jurugambar yang dihire cancel job last minit, menyebabkan main contractor menggelabah cari pengganti di group group photography dan banyak kali mereka sebut seolah olah subcon yang salah sebab cancel last minit. Apabila dua pihak yang tidak serius dalam menjalankan perkhidmatan, inilah yang akan terjadi. Customer yang akan menjadi mangsa. Seperti yang saya sebutkan diatas… mencari pekerja memerlukan semakan dari skill, attittude dan cara kerja. Jika anda pun ambil photographer main rembat saja… macamana nak pastikan mereka boleh commit pada job yang anda beri? Malah sapa kisah nak cancel job jika tiada contract dan gaji pun sangat murah.. baik mereka ambil job baru yang lebih banyak pendapatan jika ada peluang. Customer anda bukan masalah mereka kerana mereka pasti anda boleh dapat pengganti last minit. Kalau tak dapat tu.. still bukan tanggungjawab mereka.  Yang salah adalah contractor kerana tidak menjalankan proses yang betul dalam mencari pekerja fotografi.
  • Sebenarnya dalam kes subcon.. yang rugi adalah customer kerana mereka mendapat nilai gambar yang cukup rendah dengan harga tinggi. Jika client membayar RM1000, kemudian main photographer subcon dengan harga RM300, tambah duit album dan kos lain dalam 200… mereka dapat untung rm500 atas angin. Customer la yang rugi kerana kalau mereka bayar direct kepada photographer subcon tersebut dengan harga rm1000, anda akan mendapat gambar yang dihasilkan dengan sepenuh hati. TAK ADA SAPA NAK KERJA dengan nilai RM1000 kalau cuma dibayar 300. Yang untung cumalah main con kerana dapat RM500 atas angin.
  • Ada juga main con yang cakap.. mereka kena bayar cost studio, cost marketing dsb. Sebenarnya cost studio tak boleh diletakkan pada subcon yang keluar buat job. Kalau studio tu sendiri tak boleh mendatangkan income.. tutup sajalah. Boleh buat office kat rumah kot kalau sekadar nak subcon job. Dan kos marketing pun kita kena tengok… adakah kena billboard atau paid ads.. kalau dia punya marketing tak involve kos yang besar, charges sebanyak 10 % pun dah cukup tinggi untuk dikenakan.
  • Perkara yang sama juga terjadi kepada ramai photographer yang mengambil job dibawah syarikat andaman dan juga syarikat wedding planner. Kadang kala ada yang mengadu caj photography dikenakan sampai RM3000 tapi photographer cuma dibayar rm500. Client kena menyemak sendiri berapakah jurugambar itu dibayar untuk memastikan mereka mendapat nilai kerja yang sepenuhnya. Client yang rugi sebenarnya… dan orang tengah makan duit yang paling banyak. Pada saya 10-15% adalah kadar yang sepatutnya… tapi bukan sampai 50 atau 70%.

Ini adalah pandangan peribadi saya saja. Jurugambar sendiri, untuk elak dilahap dan diratah oleh lintah lintah darat ini… belajar la marketing sendiri. Ada banyak cara untuk buat marketing sendiri hari ni dan sosial media adalah sangat membantu. Kurangkanlah bergosip di wall dan grup fotografi facebook.. dan lebihkanlah approach client.

 

 

 

Share with your friends: