Jika anda seorang jurugambar outdoor yang memerlukan harddisk simpanan kecil, ringan dan lasak, SSD Extreme Portable baru SanDisk adalah peranti yang direka khas untuk anda. Dari segi luarannya, SSD Extreme Portable adalah SSD berukuran kecil yang muat di telapak tangan anda dan boleh disimpan dengan mudah ke dalam beg kamera anda tanpa bebanan tambahan yang ketara. Ia berukuran hanya 0.348 × 1.951 × 3.787in (8.85 × 49.55 × 96.2 mm) dengan berat cuma 1.38oz (38.9g).

Ia juga tahan lasak dan direka untuk menahan unsur-unsur seperti habuk dan air (ia boleh bertahan dengan jet air bertekanan rendah dari sebarang arah) serta rintangan kejutan dari kejatuhan 6.6 kaki (2m).

Walaupun berukuran kecil, tetapi alat ini mempunyai kapasiti yang agak besar dan laju. Ia boleh diperolehi pada saiz storan 250gb, 500gb, 1tb dan 2tb.

Extreme portable ssd ni menggunakan USB3.1 type C connector, dan disertakan dengan TYPE-C to TYPE A adapter, supaya ia boleh dibaca dari komputer yang lebih lama.

Harga model ini adalah dari RM400 ++ untuk 250GB model, dan juga RM2000++ untuk 2TB model.

Untuk jurugambar yang suka letak gambar dalam external harddisk tu, ini adalah masa untuk upgrade storage anda kepada yang lebih selamat dan laju.

 

 

Share with your friends:
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih