Rule of thirds atau RO3 adalah satu panduan fotografi dimana subjek akan diletakkan pada garis panduan (guidelines) atau titik persimpangan garis panduan tersebut.  Teknik rule of thirds mencadangkan yang mata manusia akan bergerak dari satu titik persimpangan ke titik persimpangan yang lain dalam ro3 ini, dan seterusnya mencadangkan titik tersebut merupakan lokasi paling ideal untuk meletakkan objek atau subjek fotografi kita.

 

 

 

Kenapa kita gunakan rule of thirds?

Kita gunakan rule of thirds supaya kita elak dari meletakkan subjek ditengah tengah.  Meletakkan subjek ditengah tengah akan menyebabkan gambar kita agak statik dan membosankan. Dengan meletakkan subjek dengan menggunakan panduan rule of thirds, gambar lebih dinamik dan menarik utk dipandang dan diamati.

Rule of thirds bukanlah sesuatu yang wajib diikut dalam setiap gambar. Ia adalah satu konsep atau teori yang memandu kita untuk menghasilkan komposisi gambar yang lebih menarik.  Bergantung kepada elemen elemen foto yang kita letak dalam gambar, kita juga boleh memilih cara lain untuk meletakkan subjek kita dimana mana kawasan dalam gambar. Setiap strategi yang kita pilih, akan menghasilkan visual yang berlainan kepada viewer. Fotografi adalah sejenis seni dan walaupun kita mempelajari apa apa saja teknik visual arts, kita masih boleh memilih teknik bukan tradisional atau diluar kebiasaan.

Satu contoh lagi, dalam gambar ini, saya elakkan dari letak subjek ditengah…

 

 

Teknik rule of thirds juga digunakan untuk mengelakkan dari gambar dibahagi ditengah tengah, terutamanya  gambar landscape.

Jika kita teliti kedua gambar dibawah, horizontal line diletakkan samada pada line atas ataupun line bawah. Cara ini memberikan pandangan lebih dinamik dalam gambar dan menjadikannya lebih menarik.

 

Orang pertama yang menggunakan nama rule of thirds ini adalah seorang pelukis, pengukir , pengecat dan penulis pada kurun ke 18 iaitu John Thomas Smith. Pada tahun 1797 smith menulis sebuah buku tentang rural scenery. Dalam topic Of light and shade, beliau membincangkan hasil kerja Rembrandt yang dipanggil The Cradle. Beliau menulis,

“Two distinct, equal lights, should never appear in the same picture: One should be principal and the rest sub-ordinate, both in dimension and degree: Unequal parts and gradations lead the attention easily from part to part, while parts of equal appearance hold it awkwardly suspended as if unable to determine which of those parts is to be considered as the subordinate.”

Dari sini, terma Rule of thirds muncul dan diguna pakai oleh artis artis didalam dunia.

Share with your friends:
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih