Assalamualaikum wbt.

Lama saya tak berkesempatan menulis. Hari ni saya nak share sedikit tips hasil dari pemerhation kepada beberapa pelajar yang menghadiri Posing workshop tempohhari. Saya mendapati ada pelajar yang menggunakan ISO100 apabila menggunakan flash. Walaupun ini tidak salah, tetapi ada beberapa pertimbangan yang boleh membantu.

Apabila anda menggunakan flash, teknik dibawah boleh membantu dan memudahkan anda.

Adalah lebih baik menggunakan ISO200 dengan 1/2 flash power, berbanding dengan ISO100 dengan Full power. Dan saya sendiri lebih suka menggunakan ISO400 atau ISO800 kerana boleh menggunakan flash power yang lebih rendah.

  1. Guna flash power lebih rendah akan memberikan anda recycle times yang lebih laju.
  2. Dengan menggunakan ISO lebih tinggi, Kita boleh menggunakan flash 2 kali ganda, 3 kali atau 4 kali ganda lebih lama dengan satu set batteri.
  3. Flash tidak mudah overheat
  4. Kita tidak meletakkan stress yang terlalu tinggi pada flash unit kita. Mungkin boleh gandakan hayat flash.

TETAPI

Perhatikan juga kemampuan ISO kamera anda. Jika anda mendapati pada ISO800, walaupun guna flash, noise sudah terlalu banyak, maka elakkanlah method ini. Kalau badan kamera sebelum 2010 mungkin kena  check betul betul. Tapi badan kamera 2010 kebanyakkannya ok je iso 800 tu

Gambar dengan ISO800 dan flash

 

Share with your friends:
  • 1.4K
    Shares