Gambar adalah  elemen 2 dimensi dan saiz sesuatu objek didalam gambar adalah sukar untuk difahami secara sekilas lalu. Didalam fotografi, mempelajari bagaimana menampakkan skala dalam gambar adalah satu teknik yang sangat diperlukan terutamanya dalam landscape photography.

Sebagai contoh, cuma lihat gambar dibawah dan cuba fikirkan berapa besarkan pokok pokok ini semua? Susah nak cakap… betul tak?

Tip komposisi - Skala dalam gambar 5

OK sekarang cuba tengok gambar dibawah dan cuba fikirkan berapa besarkah pokok ini? Sekarang anda faham bukan. Gambar atas dan bawah adalah dari tempat yang sama. Tetapi dengan menambahkan elemen manusia didalam gambar, boleh memberikan sedikit pemahaman kepada berapa besarkah pokok tersebut kerana dibandingkan dengan manusia.

Tip komposisi - Skala dalam gambar 6

Teknik ini sangat penting dalam fotografi untuk memberikan “sense of scale” dan “sense of depth”.

Cuba perhatikan gambar dibawah bagaimana manusia digunakan sebagai rujukan untuk memberikan persepsi skala dengan persekitarannya.

Tip komposisi - Skala dalam gambar 7

Tip komposisi - Skala dalam gambar 8

Untuk mempelajari lebih lanjut tentang fotografi asas dan teknik teknik komposisi, daftar KURSUS ASAS FOTOGRAFI dalam masa terdekat….

 

Share with your friends:
  • 25
    Shares