Salah satu cara untuk memperbaiki teknik fotografi potret kita adalah dengan memenuhkan frame dengan imej yang kita rakam. Anda boleh datang dekat dengan subjek atau gunakan telezoom lens sekiranya subjek x berapa selesa dengan kita.

 

 

Contoh lensa telezoom adalah seperti 85mm 1.8 ini.  Lensa ini adalah dalam kategori prime lens dengan bukaan aperture luas 1.8. Lens ini juga mempunyai fixed focal length pada 85mm.. Jadi kalau anda nak zoom, anda kenalah gunakan kaki, gerak dekat sikit kat subjek.

 

 

Jadi persoalannya, adakah anda telah mempunyai telezoom lens? Most probably memang dah ada. Sebagai contoh lens 18-105 dibawah ni, adalah dalam kategori kit lens dengan focal length dari 18 hingga ke 105mm.

Lensa kit lens 18-105

18mm adalah bukaan focal length paling luas pada lens ini. Manakala 105mm adalah bukaan focal length paling telefoto pada lens ini. Lebih tinggi nilai focal length, makin jauh ia boleh zoom

Berikut adalah perbezaan antara bukaan paling wide, dengan telefoto

ELAK GUNA WIDE LENS UNTUK SHOOT CLOSE UP

Satu tip penting apabila shoot close up, elakkan guna wide angle sebab anda akan membuat muka orang tu nampak macam kartun, iaitu hidung akan nampak besar, tapi telinga atau apa je kat belakang nampak kecil. Ini adalah kesan dari sifat optik iaitu perspective distortion. Untuk memahami apa itu perspektif distortion, cuba kita rujuk gambar dibawah ni

Perhatikan apabila kita guna 24mm… hidung nampak besar.. tak real kan.. macam comic. Unless memang kita nak shoot comical atau fun theme.. ok la kot shoot wide angle. Tapi untuk beauty shot, eloklah dielakkan. Bila kita shoot beauty, kita nak maintain real form seseorang tu. Kita tanakla nampakkan dia pendek atau hidung besar, atau kepala macam kartun.

Perhatikan apabila kita gunakan 85mm dan keatas, rupabentuk adalah lebih tepat dan natural. Jadi inilah sebab kenapa kita kena pilih focal length yang tepat apabila merakam gambar potret.

Sedikit fakta yang interesting, jika anda perhatikan trend di facebook atau instagram, anda akan perhatikan, ramai wanita yang merakam foto sehingga menampakkan asset dengan jelas. Apabila mereka merakam dari sudut bawah, asset mereka lebih dekat dengan lens dan ini akan menyebabkan asset kelihatan lebih besar. Ini kerana smartphone selalunya menggunakan lens wide 24mm atau 28mm jika dibandingkan dengan full frame sensor. Campur sekali dengan push up bra + lapik dan sudut yang tepat, asset tersebut akan menjadi POI (point of interest) sehingga menarik perhatian ramai untuk like dan follow. Ini adalah pecahan dari segi fakta sains la.. saya tidak menulis untuk judge sesiapa… me not perfect juga.. Tapi sapa yang curious kenapa wanita wanita ini dapat like yang banyak, yes, most people interested with sexuality dan manipulating optical distortion untuk menampakkan apa yang didepan nampak besar, boleh membantu untrained eyes and mind untuk tertarik pada visual yang mereka lihat. Benda ni mudah dibuat, sapa sapa pun boleh buat, and always work.

 

Mendapatkan bentuk badan, muka tanpa perspective distortion yang obvious adalah sangat penting dalam corporate photography

 

 

 

 

Share with your friends:
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih