Posted on Leave a comment

Tip melajukan photoshop

Salam. Kalau photoshop anda slow, anda boleh lajukan performance software tersebut dengan beberapa tips ini

  1. Clean up pc anda dari malware, browser hijacker dan sebagainya.
  2. Upgrade ram anda.
  3. Upgrade kepada SSD
  4. Tingkatkan CPU anda
  5. Kurangkan perisian yang dibuka semasa menggunakan photoshop
  6. Disable antivirus
  7. Matikan chrome dan pelayar internet lain
  8. Letak scratch disk pada SSD atau NVME
  9. Letak scratch disk pada ram disk
  10. Gunakan graphic card (GPU) utk pemprosesan
  11. kurangkan cache level dan cache tile size
  12. Pisahkan lokasi scratch disk dengan file asal
  13. Letak file asal dalam SSD

TIP NO 1.. clean up pc anda. Optimize segalanya. Pastikan tiada malware berjalan jalan dengan bebas dalam pc anda. anda boleh gunakan scanner seperti malware bytes dsb. Juga pastikan tiada browser hijacker yang sentiasa cuba membuka dan meletak malware dalam pc anda. Dapatkan consultation dari mereka yang pakar jika anda tidak faham. Dari 10 pc yang saya selalu bantu upgrade, 7 mempunyai masalah ini. Mereka simply tidak faham yang komputer mereka dipenuhi virus dan trojan dan tidak faham ianya melembabkan komputer mereka sehingga running pada 50%-20% efficiency saja. Sangatlah merugikan

Untuk ram, saya mencadangkan RAM minimum 8GB utk penggunaan photoshop yang asas. tetapi sekiranya anda banyak membuat photo manipulation, buat cutout dengan refine edge dan fungsi fungsi ps terbaru, saya recommend tidak kurang 16gb. Jika anda menggunakan ps dan lightroom serentak dan bekerja dengan banyak file serentak, 32gb adalah jumlah ram yang ideal.

Jika anda masih menggunakan HDD, ketahuilah bahawasanya anda telah tertinggal satu peningkatan yang teramat penting dan wajib dijalankan. TUkarlah harddisk anda kepada SSD. Sekarang SSD sata dah murah, 1tb boleh dapat dalam 300++ saja. boleh cari di shopee. Ada banyak brand yang reliable.

CPU adalah core kepada semuanya. Processor yang saya cadangkan hari ini adalah sekurang kurangnya ryzen 5 3400. Saya cadangkan unit ni kerana murah dan sangat laju utk banyak kerja pemprosessan grafik.

Membuka pelbagai perisian serentak semasa menggunakan photoshop adalah satu kaedah mudah untuk menjadikan produktiviti photoshop menjadi amat mundur. Perhatikan perisian seperti chrome, firefox, word, excel dan perisian utilities seperti ccleaner, lenovo utilities, radeon atau geforce utilities… sedikit demi sedikit, perisian ini menggunakan resources seperti ram, cpu dan disk… ini semua menjadikan computer anda semakin perlahan. Matikan saja jika sdg menggunakan photoshop.

Antivirus sebenarnya sentiasa menjalankan pelbagai proses secara senyap. Matikan jika anda sedang menggunakan photoshop.

Scratch disk adalah satu sumber yang penting untuk photoshop. Semasa anda menjalankan proses editing, photoshop sentiasa menulis kepada scratch disk. Semakin laju scratch disk, semakin lajulah perisian photoshop berkerja. Saya cadangkan scratch disk sentiasa pada SSD atau NVME disk. Meletakkan scratch disk pada harddisk biasa sebenarnya melambatkan proses photoshop hampir 10x ganda.

Saya juga menyarankan scratch disk dipisahkan dari disk dimana anda letakkan file sumber. Sebagai contoh jika anda membuka file psd bersaiz 500mb dari disk C:, letakkan scratch disk anda pada disk lain, cthnya D:. Tetapi amat penting untuk anda gunakan SSD di kedua dua disk ini. Jika anda menggunakan NVME dan SSD dalam satu sistem komputer, letakkan file asal dalam sata SSD dan scratch disk pada NVME.

Ni advance sikit, utk kepada sesiapa yang faham. Anda sebenarnya boleh menggunakan RAM anda sebagai scratch disk dan anda akan mendapat hampir berpuluh kali ganda kelajuan berbanding NVME atau SSD sebagai scratch disk. Bagaimanapun anda perlukan jumlah ram yang banyak. Sebagai contoh jika anda menggunakan 32gb ram hari ini, anda boleh assign 8GB sebagai ram disk dan set disk ini sebagai scratch disk di dalam photoshop. ini memberikan anda 24gb ram lagi untuk digunakan dalam sistem dan anda boleh assign 70% dari 24gb ini utk kegunaan adobe photoshop dan lain lain. Ini meninggalkan 8GB lagi utk proses operating system.

Primo ramdisk software utk setup ram disk
Setup ramdisk sebagai scratch disk dalam photoshop preference

Dalam photoshop hari ini, anda boleh meningkatkan keupayaan photoshop dengan bantuan GPU. anda perlu enable GPU setting ini dalam preference.

Enabling GPU acceleration

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *