1. Budget adalah perkara yang sangat penting apabila memilih kamera. Pilihan anda terhad jika bajet ciput. Ini perlu difahami dahulu.
  2. Tujuan anda merakam juga penting. Kerana setiap kamera dibina berlainan. Sebagai contoh, kamera canon 7d mark II mempunyai Frame per second yang lebih banyak berbanding canon 80d. Buffer dalam kamera itu juga berbeza. Menjadikan kamera canon 7d mark ii lebih sesuai digunakan dalam merakam wildlife atau sport.
  3. Mobility, apabila anda mahu travel, berat barangan ada satu faktor utama. Antara top end quality vs mobility, manakah yang anda pentingkan? Lensa top end seperti 70-200 f2.8, 24-70mm f2.8 dan high end ultra wide adalah berat dan besar. Anda mungkin mahu fikirkan lensa zoom yang lebih kecil seperti 17-40mm f4 tetapi ianya memberikan kreativiti yang lebih terbatas. Sebenarnya,  dalam pemerhatian saya, kebanyakan pengguna kamera dslr tidak mengoptimumkan penggunaan kamera mereka. Kebanyakan gambar mereka serupa seperti diambil guna kamera phone. Jadi jika anda tidak plan untuk belajar fotografi dengan dslr, seeloknya guna sajalah phone anda sebab qualiti pun bagus dan ringan dibawa kemana mana.
  4. Tanya pakar. OK yang ni tricky sikit. Bila kita bertanya, kita tak bolehlah bertanya cara orang pemalas. Kita kena spesifik sikit. Saya selalu ditanyakan dengan soalan camera apa yang baik, saya kena explain semua diatas. Kalau orang tanya anda, kalau nak beli kereta, kereta apa yang baik… apa anda akan jawab. Ok jika hari hari orang berlainan tanya soalan ini pada anda, anda rajin nak jawab tak? At least bagilah tau tujuan beli kamera tu, nak travel ke.. nak buat wedding ke.. nak shoot landscape ke.. dan bagi la budget sekali. Baru lah orang lain gembira nak jawab soalan anda.
  5. Fikirkan bajet aksesori lain. Ini juga penting. Bila beli kamera, tak semestinya beli kamera dah boleh buat semua benda. Ada banyak aksesori macam circular polariser, nd filter, flash, uv filter, tripod, shutter release cable dan macam macam lagi mungkin anda perlukan. Tripod yang baik saja memerlukan harga yang baik. Seringkali pembeli kamera baru tertipu apabila dipaksa membeli tripod yang tidak berkualiti dengan harga yang mahal. Pengetahuan memilih tripod juga sangat penting! tak guna beli tripod kalau  ianya bergoyang. Tujuan beli tripod adalah untuk stabilkan kamera!
  6. Support… tahukah anda, tak semua barang kamera disokong oleh manufacturer dengan cara yang sama. Saya x nak cerita hal ini sebab pengalaman setiap pembeli adalah berlainan. Apapun. cuba dapatkan cerita dari sahabat sahabat kamera.

Share with your friends:
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih