1. Jika ragu dah salin atau belum, berhenti gunakan memori kad tersebut
  2. Dapatkan banyak memori kad yang lebih murah sebagai spare, simpan dalam kereta, di bahagian poket bag yang jarang dibuka atau mana mana saja. Sebab sometimes kita akan terlupa bawa memori kad, rosak, ragu dah salin ke belum… atau macam macam macam lagi masalah… jadi lebih baik bersedia.
  3. Salin gunakan memori kad reader. Elakkan direct dari kamera. Sometimes kamera habis batteri dan boleh membuatkan data transfer terhenti dengan tak semena mena. Proses ini boleh merosakkan kad memori
  4. Eject kad anda dengan sempurna apabila disambung ke komputer. Jangan terus cabut.
  5. Guna kamera yang ada dual slot, dengan cara backup setiap shot dari slot 1 kepada slot 2. Dengan ini anda sentiasa mempunyai backup
  6. Selepas menggunakan kad tersebut, simpan dalam zip lock dan letakkan sticky note di dalam dengan description gambar, delivery date dsb. Elakkan recycle memory terlalu cepat. Always delay seberapa boleh.
  7. Salin gambar ke smartphone terus selepas habis bertugas. Dari smartphone, backup terus ke google photos atau google drive.
  8. Elakkan memori kad berjemur di dalam panas
  9. Jangan tunggu rosak untuk tukar memori kad. Jika kad memori kerap digunakan, anda boleh “retire” memori kad tersebut dalam tempoh 1 atau 2 tahun ikut kekerapan anda menggunakannya. Anda boleh gunakannya untuk shoot yang kurang “kritikal” seperti shoot family atau shot berjalan jalan yang tak berapa penting.
Share with your friends:
  • 38
    Shares
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih