Apakah Adobe Indesign?

Adobe indesign adalah perisian desktop publishing. Ia memudahkan pereka buku, majalah dan poster untuk membina rekaan mukasurat dengan mudah dan pantas.

 
Adobe indesign boleh digunakan untuk membina document seperti achitecture presentation board, majalah, buletin jabatan dan sebagainya.

Apa beza Indesign Dengan Photoshop?

Adobe photoshop adalah perisian yang khas untuk mereka grafik dan bekerja dengan gambar. Akan tetapi photoshop adalah program yang kurang bagus untuk digunakan dalam merekabentuk halaman-halaman yang banyak. Adobe indesign memberikan kita peralatan dan fungsi fungsi yang memudahkan membina halaman-halaman ini. Akan tetapi adobe indesign tidak boleh digunakan untuk mengedit gambar atau grafik seperti photoshop.

Cara Membina Dokumen Baru Dengan Indesign

Apabila anda membuka indesign cc 2018 untuk membina sesuatu, indesign akan memaparkan antaramuka seperti ini:

Antaramuka ini dipanggil Start Workspace. Ia akan memberikan akses pantas kepada sebarang dokumen yang baru anda buka. Untuk membina document baru, anda boleh menekan butang Create New.

Anda juga boleh menekan menu File > New > Document atau menggunakan kekunci pantas CTRL + N

Pada gambarajah dibawah, kawasan yang saya tandakan dengan kotak merah adalah preset untuk dokumen kosong. Preset yang sedang dipilih ditandakan dengan kotak biru iaitu preset untuk Letter.

Kita boleh memilih letter, ataupun kita boleh memilih dari pelbagai template yang boleh dimuatturun secara dalam talian.

Jika diperhatikan disebelah kanan pula, terdapat maklumat preset yang kita boleh ubah suai. Secara automatic, unit yang digunakan adalah picas. Tetapi kita boleh menukar kepada unit yang mudah difahami seperti inci atau cm.

Bingkai Teks

Bingkai atau frame di dalam indesign adalah blok binaan asas elemen elemen di dalam program ini. Kita boleh mengisi teks atau grafik di dalam frame.  Bingkai teks di panggil Type Frame dan bingkai untuk grafik dipanggil Rectangle Frame.

Format teks

Apabila kita mahu mengubahsuai format sesuatu teks, kita perlu membuat proses selection dahulu. Kita boleh dwiklik pada teks, atau klik dan heret kursor dari permulaan teks hingga teks terakhir.

Selain itu kita juga boleh hanya mengklik pada teks frame tersebut dan terus mengubahsuai format di dalam panel Character.

Selain Character, kita juga boleh mengubahsuai sifat paragraph dengan membuka panel Paragraph

Mengisi grafik

InDesign boleh mengimpot pelbagai jenis fail merangkumi Adobe Photoshop (PSD), Illustrator (AI), Jpeg, PNG, Gif dan juga EPS.

Apabila mengimpot fail, kita perlu memastikan kualiti fail adalah cukup baik untuk cetakan. Dan walaupun kita boleh mengimpot fail seperti tiff dan psd, tak semestinya kita perlu melakukannya. Mengimpot fail tiff dan psd yang terlalu besar dengan layer yang banyak boleh menjadikan fail indesign terlalu besar dan perlahan.

Sebaiknya, kita perlu mengimpot fail gambar pada saiz kita mahu cetaknya. –

Fail vector seperti fail AI adalah amat mudah untuk dimasukkan. Bagaimanapun fail AI itu perlu disimpan dengan setting Create PDF compatible file untuk membenarkannya dimasukkan di dalam InDesign. Fail EPS elok di elakkan kerana ia adalah format yang sudah terlalu lama dan tidak fleksibel.

Di dalam indesign, kita boleh meletakkan grafik sebagai imej embedded atau image linked. Image embedded maksudnya fail tersebut akan terus diletak ke dalam fail indesign itu sendiri. Sementara itu image linked bermaksud fail itu diletak sebagai rujukan, tetapi fail asal masih digunakan.

Ini bermakna jika kita memadam fail asal, fail indesign tidak dapat membuka semula fail yang digunakan.

 

Menyimpan dokumen

Fail dokumen Indesign disimpan sebagai fail dengan extension INDD atau bermaksud Indesign Document. Cara menyimpan adalah sama seperti program lain iaitu menggunakan menu File > Save. Kita juga boleh menggunakan arahan File > Save As jika ingin menghasilkan fail yang baru.

Menghasilkan PDF

Fail PDF atau Adobe Acrobat Portable Document File adalah standard dunia untuk perkongsian maklumat. Semua perisian adobe boleh menghasilkan PDF dengan menggunakan menu arahan File > Export

 

Memerlukan latihan untuk adobe indesign secara intensif? Saya boleh membantu anda. Sama ada untuk peringkat pengenalan mahupun Train the trainers program, insya Allah silibus dan kaedah pengajaran saya boleh memenuhi keperluan anda. Hubungi saya di 0133173128 untuk maklumat lanjut.

 

 

 

Share with your friends:
  • 39
    Shares
Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Nak belajar fotografi? daftar untuk terima tip dan berita outing terus di email anda

Anda telah berjaya mendaftar untuk berita email dari kami...Terima kasih